TIP BISNES ORANG CINA

8:05 AM Edit This 0 Comments »
Orang Cina tidak mempunyai formula khusus yang digunakan dalam perniagaan. Mereka berniaga berpandukan pengalaman yang diperoleh dalam kehidupan seharian.

Bagi orang Cina, sesuatu perniagaan yang dijalankan perlu praktikal dan tidak terlalu melecehkan.

Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan jika boleh, perlu berusaha mempermudahkan sesuatu perkara. Untuk menjadi peniaga yang baik dan berjaya, terdapat beberapa tip niaga orang Cina yang dapat dijadikan panduan serta pedoman.

Tip itu cukup senang tetapi bukan mudah hendak dilaksanakan. Tanpa sebarang tindakan, tip itu tidak akan berguna dan memberikan apa-apa manfaat kepada peniaga.


1. Peniaga perlu menunjukkan kejujuran dan keikhlasan semasa melaksanakan urus niaga.

2. Peniaga perlu mewujudkan kepercayaan dan ikatan mesra dengan pelanggan tidak kira pelanggan yang besar ataupun kecil dan yang tetap ataupun pelanggan baru.

3. Peniaga perlu melayan para pelanggannya dengan saksama kerana setiap daripada mereka adalah penting.

4. Peniaga tidak boleh menurut perasaan dan kehendak sendiri.

5. Peniaga perlu sentiasa memaniskan muka dan kaya dengan senyuman.

6. Peniaga tidal boleh marah dan menengking pelanggan.

7. Peniaga perlu akur dengan permintaan dan keperluan pelanggan.

8. Peniaga bukan tauke kerana bos yang sebenar adalah pelanggan.

9. Peniaga tidak boleh sombong, angkuh dan bongkak.

10. Peniaga perlu ringan tulang dan mudah menghulurkan bantuan.

11. Peniaga perlu bersedia memberikan perkhidmatan tambahan dan dalam konteks perniagaan runcit, menghantar barangan ke rumah pelanggan.

12. Peniaga tidak boleh ragu-ragu menjawab segala pertanyaan orang ramai.

13. Peniaga perlu menunjukkan beliau merupakan seorang yang serba tahu
terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan perniagaannya.

14. Peniaga perlu mengambil berat hal ehwal masyarakat dan isu semasa.

15. Peniaga perlu mempunyai kepekaan yang tinggi dan rasa simpati yang
mendalam pada pelanggannya.

16. Peniaga perlu menjadikan para pelanggan sebagai sahabat, bukannya pembeli yang dating dan pergi.

17. Peniaga tidak perlu kedekut memberikan diskaun, pujian dan penghargaan kepada pelanggan.

18. Peniaga tidak boleh mengambil cuti kecuali kecemasan dan ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

19. Peniaga perlu bangun awal dan membuka perniagaannya secepat yang mungkin.

20. Peniaga perlu memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas serta jangan membiarkan pelanggan tertunggu-tunggu.

21. Peniaga perlu mudah dibawa, dibicara dan berunding.

22. Peniaga tidak boleh bersikap prejudis pada pelanggan dan orang ramai.

23. Peniaga kena sentiasa berfikiran terbuka dan positif.

24. Peniaga tidak boleh cepat melatah dan terburu-buru.

25. Peniaga perlu menunjukkan kepada pelanggan yang dia sentiasa sibuk.

26. Peniaga tidak boleh tidur semasa menjalankan urus niaga.

27. Peniaga perlu berusaha menimbulkan keceriaan, bukan mencetuskan kebosanan.

28. Peniaga perlu memastikan premisnya penuh dengan barangan dan tidak membiarkan ada ruang kosong.

29. Peniaga perlu memberikan kebebasan kepada pelanggan bagi membuat pilihan.

30. Peniaga jangan sesekali campur tangan dan membuat keputusan bagi pihak pelanggan kecuali jika diminta.

31. Peniaga perlu membuatkan pelanggan merasakan kehadiran mereka dialu-alukan.

32. Peniaga tidak boleh berkata tidak?kepada pelanggan.

33.Peniaga tidak boleh mewujudkan jurang dengan pelanggan apatah lagi menjadi kera sumbang.

34. Peniaga perlu berperanan sebagai peniaga, bukannya kaki umpat, kaki judi dan kaki arak.

35. Peniaga perlu belajar menggunakan wang dan meningkatkan kemahiran menabung.

36. Peniaga harus sentiasa menyediakan duit kecil untuk ditukar dengan para pelanggan.

37. Peniaga tidak boleh menunjuk-nunjuk kemewahannya di depan pelanggan kerana imej bukannya dating daripada perhiasan diri tetapi perkhidmatan yang
diberi.

38. Peniaga jangan sesekali makan di depan pelanggan kerana dianggap sebagai perbuatan yang tidak sopan. Pelanggan tidak suka.

39. Peniaga perlu menampal notis apabila premisnya ditutup untuk sementara waktu.

40. Peniaga jangan mencari musuh kerana ia tidak baik bagi perniagaan.

41. Peniaga jangan terlalu suka dan kerap bercakap berkenaan keuntungan.

42. Peniaga perlu tahu membezakan keuntungan jangka pendek dengan keuntungan jangka panjang.

43. Peniaga tidak boleh terlalu yakin. Kena juga berwaspada dan berjaga-jaga.

44. Peniaga sebaik-baiknya tidak menjadikan premis perniagaan sebagai tempat tinggal untuk keluarga bertandang dan bersembang.

45. Peniaga perlu menyimpan lebihan dan stok jualan supaya tidak berlaku kekurangan.

46. Peniaga perlu tepati janji dan menjelaskan hutang.

47. Peniaga tidak akan rugi jika memberikan sedikit insentif kepada pelanggan dalam bentuk potongan harga, hadiah ataupun menambahkan berat barangan
yang dibeli mereka.

48. Peniaga tidak boleh menipu kerana kepercayaan menjadi asas utama dalam perniagaan.

49. Peniaga tidak boleh menyalahkan orang lain apabila berlaku kerugian dan kecelakaan. Semuanya perlu diterima dengan hati yang cekal.

50. Peniaga perlu mewujudkan situasi menang-menang anatara dirinya dengan para pelanggan. Dengan itu, hubungan mereka akan berkekalan dan perniagaan akan dapat bertahan.

Dipetik daripada buku "Rahsia Bisnes Orang Cina" karya Ann Wan Seng.
Sumber:Usahawan Bistari(http://usahawanbistari.blogspot.com/)

KINI DIBUKA

8:06 PM Edit This 0 Comments »
Bermula 11 Julai 2009, Kedai kedua NAZA STYLE telah dibuka sepenuhnya. Dealer dan pelanggan RORINE boleh dapatkan barangan OFFER dengan harga bermula RM12.00 hingga RM30.00.

PEMBUKAAN CAWANGAN BARU KEDAI KASUT RORINE NAZA STYLE

9:01 PM Edit This 0 Comments »

RORINE Memahami Kehendak Citarasa Anda.

2:47 AM Edit This 0 Comments »
Dealer dan pelanggan Naza Style boleh dapatkan Katalog Volume 57 yang terbaru di Kedai Kasut RORINE Naza Style Enterprise mulai 18 April 2009. Banyak faedah menarik menanti anda seperti : ** Harga produk RORINE yang termurah dipasaran, ** Rekaan produk RORINE yang terkini ( up to date ), ** Produk RORINE selesa dipakai dan selesa berbelanja, ** Harga yang murah, cantik dan bagus, ** Memenuhi citarasa semua, ** Jenama RORINE dikenali ramai, ** Semua orang mampu membelinya dan tidak membebankan, ** RORINE membantu menjimatkan wang anda dan Produk RORINE mudah diperolehi disemua Stokis RORINE terutamanya Kedai Kasut RORINE Naza Style Enterprise ( sebelah Pasaraya Pantai Timur, Tanah Merah, Kelantan ). RORINE memahami kehendak citarasa anda. RORINE, dimana-mana jua. Pilihlah...Gunalah...RORINE. JOM JOIN RORINE, sekarang. Maklumat lanjut boleh hubungi 09-9551442 atau H/P : 012-9640442

STOK TERSEDIA DI KKR NAZA STYLE

12:10 AM Edit This 0 Comments »
Para dealer dan pelanggan Naza Style Enterprise, anda boleh dapatkan stok kasut daripada Katalog 57 yang akan dikeluarkan tak lama lagi di Kedai Kasut RORINE Naza Style sekarang. Pelbagai corak dan rekabentuk yang menarik menanti anda. Dengan harga SUPER JIMAT & EXTRA MURAH yang mampu anda miliki sekeluarga. Jadikan kasut RORINE pilihan anda sekeluarga. PILILAH...GUNALAH...RORINE...

SISTEM EKONOMI ISLAM MENURUT KEHENDAK TUHAN

7:22 PM Edit This 0 Comments »
Sistem Ekonomi Islam Menurut Kehendak Tuhan

Sumber : Rufaqa Online

Sistem ekonomi Islam tidak sama dengan sistem-sistem ekonomi yang lain. Ia berbeza dengan sistem ekonomi yang lain. Ia bukan dari hasil ciptaan akal manusia seperti sistem kapitalis dan komunis. Ia adalah berpandukan wahyu dari Allah SWT.

Sistem ciptaan akal manusia ini hanya mengambil kira perkara-perkara lahiriah semata-mata tanpa menitikberatkan soal hati, roh dan jiwa manusia. Hasilnya, matlamat lahiriah itu sendiri tidak tercapai dan manusia menderita dan tersiksa kerananya. Berlaku penindasan, tekanan dan ketidakadilan. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Ekonomi Islam pula.sangat berbeza.

Di antara ciri-ciri ekonomi Islam ialah:

1. Melibatkan Tuhan
Orang Islam berekonomi dengan niat kerana Allah dan mengikut peraturan dan hukum-hakam Allah Taala. Matlamatnya ialah untuk mendapat redha dan kasih sayang Allah. Syariat lahir dan batin ditegakkan dan hati tidak lalai dari mengingati Tuhan. Aktiviti berniaga dianggap zikir dan ibadah kepada Allah SWT. Ia adalah jihad fisabilillah dan menjadi satu perjuangan untuk menegakkan Islam dan mengajak manusia kepada Tuhan. Sesibuk manapun berniaga, Allah SWT tidak dilupakan. Berekonomi dan berniaga secara Islam adalah di antara jalan untuk menambah bekalan taqwa.

2. Berlandaskan taqwa
Kegiatan ekonomi dalam Islam merupakan jalan untuk mencapai taqwa dan melahirkan akhlak yang mulia. Ini adalah tuntutan Tuhan. Kalau dalam sistem ekonomi kapitalis, modalnya duit untuk mendapatkan duit, tetapi dalam ekonomi Islam modalnya taqwa untuk mendapatkan taqwa.

Dalam Islam, berekonomi adalah untuk memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan syariat Tuhan. Ekonomi itu jihad dan ibadah. Oleh itu tidak boleh terkeluar dari konsep dan syarat-syarat ibadah. Niatnya, perlaksanaannya dan natijahnya kena betul. Kegiatan ekonomi atau perniagaan yang dibuat itu tidak haram dan tidak melibatkan perkara-perkara yang haram. Ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya tidak boleh ditinggalkan. Kalau solat ditinggalkan, ibadah berekonomi sepertimana juga ibadah-ibadah yang lain akan dengan sendirinya tertolak.

Hasil dari ekonomi yang berlandaskan taqwa, akan lahir ukhuwah dan kasih sayang, kemesraan, bertolong bantu, bersopan santun, mendahulukan kepentingan orang lain dan berbagai-bagai lagi sifat-sifat yang luhur. Premis perniagaan berasaskan taqwa adalah pusat bina insan yang cukup praktikal dan menguntungkan.

Semua yang terlibat dengan kegiatan ekonomi Islam ini akan menjadi tawadhuk dan rendah diri. Akan terhapus penindasan, penekanan, penzaliman dan ketidakadilan. Tidak ada krisis, pergaduhan dan jenayah. Ketakutan dan kebimbangan akan lenyap. Akhirnya masyarakat jadi aman, damai dan hidup penuh harmoni.

Ekonomi Islam lebih mementingkan sifat taqwa daripada modal kewangan yang besar. Ilmu, pengalaman, kemahiran, kekayaan alam semulajadi dan sebagainya. Orang bertaqwa itu dibantu Tuhan seperti dalam firman-Nya maksudnya:

“Allah itu pembela bagi orang-orang yang bertaqwa” (Al Jasiyah: 19).

Orang yang bertaqwa itu, usahanya sedikit tetapi hasilnya banyak. Apatah lagi kalau usahanya banyak. Kalau orang yang bertaqwa menghadapi masalah, Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dan dia diberi rezeki oleh Allah dari sumber-sumber yang tidak disangka-sangka.

3. Penuh suasana kekeluargaan
Dalam premis perniagaan Islam di mana ada tuan punya atau pengurus dan pekerja, terjalin kemesraan dan kasih sayang seperti dalam satu keluarga. Pengurus seperti ayah. Penyelia-penyelia seperti kakak dan abang. Para pekerja seperti anak. Ayah menjaga keperluan lahir batin anak-anak. Ini termasuk didikan agama, makan minum, keselamatan, kesihatan, pakaian, tempat tinggal, kebajikan dan sebagainya.

4. Penuh kasih sayang
Islam menganggap berekonomi itu ibadah. Iaitu ibadah menerusi khidmat kita kepada sesama manusia. Manusialah yang Tuhan tuntut supaya kita berkasih sayang dengan mereka.

Justeru itu, pelanggan dan ahli-ahli masyarakat tidak dilihat seperti orang lain bahkan saudara-mara. Pelanggan yang datang kepada premis perniagaan dilayan sebaik mungkin seperti tetamu. Mereka datang membawa rahmat dan kembalinya menghapuskan dosa. Pelangganlah tempat mereka mencurah bakti dan khidmat. Pelanggan jugalah orang yang membantu mereka memperbaiki dan mendidik hati. Oleh itu, pelanggan sungguh mahal dan sungguh istimewa. Mereka diberi kemesraan dan kasih sayang. Berbakti dan berkhidmat bukan setakat memberi pelanggan apa yang mereka mahu. Ia termasuk pembelaan dan kebajikan. Kalau ada pelanggan yang memerlukan barangan dan khidmat tetapi nyata tidak mampu membayar harganya, demi Tuhan yang mengurniakan kasih sayang, dia dibolehkan membayar ikut sesuka hatinya. Kalau dia fakir dan miskin hingga tidak mampu bayar langsung, maka menjadi tanggungjawab pihak yang berniaga pulalah untuk memberikan keperluannya itu dengan percuma. Tuhanlah yang akan membayarkan untuknya. Inilah ekonomi taqwa dan kasih sayang.

Dalam ekonomi kapitalis, tidak ada kasih sayang. Mereka hanya mahukan duit para pelanggan. Jangankan hendak membantu manusia, bahkan mereka sanggup menyusahkan, menekan, menindas dan menipu manusia demi untuk mengejar keuntungan.

5. Keuntungan perniagaan untuk masyarakat
Dalam ekonomi Islam, keuntungan ada dua bentuk. Satu adalah keuntungan maknawi dan satu lagi keuntungan maddi (material). Islam mengajar ahli ekonomi dan peniaganya untuk mengutamakan untung maknawi daripada untung material. Kalaupun ada keuntungan material, ia perlu dihalakan semula dan diperguna untuk kepentingan masyarakat. Islam tidak menganjurkan keuntungan material ditumpu kepada diri sendiri, keluarga, kelompok atau golongan. Keuntungan boleh diambil sekadar perlu tetapi selebihnya mesti dikembalikan kepada Tuhan melalui bantuan kepada fakir miskin dan masyarakat. Inilah apa yang dikatakan bersyukur.

Ekonomi Islam lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat daripada mengumpulkan keuntungan material yang besar. Keuntungan material kalaupun ada, perlu disalurkan semula kepada masyarakat.

6. Tidak ada hutang berunsur riba
Islam tidak membenarkan riba. Iaitu pinjaman berfaedah (berbunga) tetap untuk jangka masa yang tertentu. Islam ada cara tersendiri untuk menjana model dan kewangan. Antaranya ialah mudharabah, musyarakah, berkorban dan sebagainya.

Riba mencetus berbagai masalah dan krisis. Ia sangat menekan, menindas dan mencekik si peminjam. Si peminjam boleh terjerat dalam satu ikatan yang dia tidak mampu ungkaikan atau terjatuh ke dalam satu lubang yang dia tidak mampu keluar. Orang atau pertubuhan yang memberi pinjaman riba menjadi kaya tanpa usaha. Dia menjadi kaya atas titik peluh orang lain.

Riba dalam ekonomi membuatkan harga barangan dan khidmat menjadi tinggi kerana untung lebih terpaksa dicari untuk membayar kadar faedah riba. Usaha ekonomi yang berasaskan riba juga tertakluk kepada tekanan kerana lagi lama pinjaman tidak dibayar, lagi banyak faedah atau bunganya

KATALOG RORINE VOLUME 57.

9:48 PM Edit This 0 Comments »
Dealer dan pelanggan Naza Style, nantikan kemunculan Katalog RORINE vol.57 minggu depan. Dapatkan kasut dan handbag RORINE dengan rekabentuk terkini pada harga yang paling menakjubkan. Dengan lebih 800 rekabentuk yang terbaru terdapat di dalam Katalog RORINE vol. 57, pasti dealer akan dapat order yang banyak. Dapatkan maklumat lanjut di Kedai Kasut RORINE, Naza Style Enterprise.

TUJUH ASAS PERNIAGAAN

5:26 AM Edit This 0 Comments »
Leonardo da Vincci yakin bahawa ``pendekatan yang tidak pernah puas hati sepanjang hayat dan daya mencari yang tidak putus-putus demi pembelajaran adalah sifat ingin tahu''. Falsafah yang digunakan oleh pemikir terkenal pada kurun ke-16 itu menjadi pegangan Yang Dipertua Angkasa, Prof. Diraja Ungku Aziz ketika menurunkan petua serta ilmu kepada anggota koperasi yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan.

Menurut beliau, keterbatasan penglibatan orang Melayu dalam bidang perniagaan disebabkan oleh sifat kurang senang mereka terhadap penggunaan angka yang menjadi tonggak utama untuk berjaya dalam bidang berkenaan.

Fenomena itu, kata Pak Ungku amat berbeza dengan sifat unik peniaga Cina yang telah mengenali budaya angka sejak lebih dari 3,000 tahun lalu. Justeru, tegas beliau, sudah tiba masanya bagi masyarakat Melayu untuk berdamping erat dengan `angka' sebagai persediaan pertama untuk menceburi bidang perniagaan.

``Persediaan seumpama ini amat penting kerana boleh dikatakan numerasi atau ilmu mengenai angka adalah bapa kepada sains sama ada dalam bidang matematik atau akaun,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Beliau menegaskan, asas penting yang bukan sahaja perlu dihayati malah diamalkan oleh mereka yang berminat untuk berniaga menceburi bidang perniagaan ialah mengguna pakai konsep `siddiq' atau berkata yang benar.

Katanya, konsep tersebut sepatutnya sudah sebati dengan pemikiran orang Melayu seperti yang pernah dicatatkan dalam manuskrip tulisan Melayu yang ditemui di Acheh kira-kira 400 tahun lalu.

``Makna siddiq ditafsir dengan jelas sebagai kata yang benar. Hanya yang mendukacitakan ialah pada zaman yang dikatakan moden ini istilah tersebut sudah hilang daripada senarai minda kita,'' katanya.

Ungku Aziz menegaskan, adalah penting bagi setiap peniaga sama ada yang kecil atau besar mempunyai perspektif yang jelas mengenai arah tuju serta kemampuan mereka untuk menceburi bidang tersebut.

Sambil menghuraikan secara terperinci konsep asas perniagaan, beliau yang memegang kata-kata Pendeta Za'ba iaitu ``Perangai bergantung kepada diri sendiri adalah akar tunjang atau umbi bagi setiap kejayaan'' menekankan pentingnya bagi setiap peniaga menghayati dua lagi nilai asas selain `siddiq' iaitu amanah dan ketelusan.

``Jika mana-mana peniaga mengetepikan salah satu daripada tiga nilai ini nescaya rancangan mereka akan gagal,'' tegas beliau.

Sepanjang pertemuan bagi memperkatakan konsep asas perniagaan itu, Ungku Aziz menekankan pentingnya bagi setiap peniaga memiliki kebolehan menyusun kewangan kerana pada beliau `ibu bagi bidang kewangan ialah ilmu perakaunan'.

Justeru, katanya, peniaga mesti faham dengan jelas apa itu penyata kewangan serta selok-belok kaedah pengurusan kewangan. Peniaga perlu mempunyai kemahiran mengenai penyata yang meliputi akaun perdagangan, akaun untung rugi, akaun aliran wang tunai dan belanjawan.

Menurut Ungku Aziz, selain mahir menyusun kewangan, bakal peniaga juga mesti mengetahui aspek pemasaran yang mempunyai hubungan rapat dengan usaha pengeluaran dan keterampilan pengedaran.

Katanya, orang selalu lupa bahawa peniaga yang bijak menjual juga perlu bijak membeli justeru teras ilmu pemasaran sebenarnya berkait rapat dengan transaksi barangan yang ada permintaan yang jelas.

Beliau berkata, setiap bakal peniaga juga perlu bijak membuat keputusan tentang produk atau bidang perniagaan yang ingin diceburi.

``Dari awal peniaga harus berdikari dan tidak berhenti menimba pengalaman sambil mengenali selok-belok ilmu perniagaan,'' katanya.

Di peringkat ini juga, tegas Ungku Aziz, peniaga tidak harus terlalu memilih perkhidmatan atau barangan yang dirancang untuk dijual kerana rahsia penjual bijak ialah mereka sentiasa bersedia mencapai peluang untuk mengamalkan teknik canggih iaitu daya jual.

Beliau menasihatkan peniaga muda supaya menghadapi cabaran dengan minda terbuka di samping bersemangat `saya boleh' serta memilih bidang yang mudah dikembangkan sehingga peniaga sudah bertapak dan mengumpul modal sendiri.

Muka-muka baru dalam bidang perniagaan ini juga dinasihatkan supaya jangan berhutang sehingga menjadi beban yang tidak boleh ditanggung. ``Pada zaman ini untuk menarik sokongan politik, sosial dan ekonomi, bakal peniaga terdedah kepada beberapa daya tarikan yang agak kuat, terpulang kepada mereka membuat keputusan yang cermat,'' katanya.

Sementara itu, Ungku Aziz turut menyifatkan pemilihan lokasi sebagai satu keputusan yang mencabar kemampuan peniaga. Pemilihan lokasi, katanya, memerlukan kajian halus tentang alam sekitar seperti terdedah kepada bahaya banjir atau penyediaan kemudahan kenderaan. Cabaran terletak kepada kepandaian peniaga menunjukkan kreativiti dan inisiatif masing-masing.

( Di petik daripada Utusan Online 22/01/2004 )

TUJUH ASAS PERNIAGAAN

5:26 AM Edit This 0 Comments »
Leonardo da Vincci yakin bahawa ``pendekatan yang tidak pernah puas hati sepanjang hayat dan daya mencari yang tidak putus-putus demi pembelajaran adalah sifat ingin tahu''. Falsafah yang digunakan oleh pemikir terkenal pada kurun ke-16 itu menjadi pegangan Yang Dipertua Angkasa, Prof. Diraja Ungku Aziz ketika menurunkan petua serta ilmu kepada anggota koperasi yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan.

Menurut beliau, keterbatasan penglibatan orang Melayu dalam bidang perniagaan disebabkan oleh sifat kurang senang mereka terhadap penggunaan angka yang menjadi tonggak utama untuk berjaya dalam bidang berkenaan.

Fenomena itu, kata Pak Ungku amat berbeza dengan sifat unik peniaga Cina yang telah mengenali budaya angka sejak lebih dari 3,000 tahun lalu. Justeru, tegas beliau, sudah tiba masanya bagi masyarakat Melayu untuk berdamping erat dengan `angka' sebagai persediaan pertama untuk menceburi bidang perniagaan.

``Persediaan seumpama ini amat penting kerana boleh dikatakan numerasi atau ilmu mengenai angka adalah bapa kepada sains sama ada dalam bidang matematik atau akaun,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Beliau menegaskan, asas penting yang bukan sahaja perlu dihayati malah diamalkan oleh mereka yang berminat untuk berniaga menceburi bidang perniagaan ialah mengguna pakai konsep `siddiq' atau berkata yang benar.

Katanya, konsep tersebut sepatutnya sudah sebati dengan pemikiran orang Melayu seperti yang pernah dicatatkan dalam manuskrip tulisan Melayu yang ditemui di Acheh kira-kira 400 tahun lalu.

``Makna siddiq ditafsir dengan jelas sebagai kata yang benar. Hanya yang mendukacitakan ialah pada zaman yang dikatakan moden ini istilah tersebut sudah hilang daripada senarai minda kita,'' katanya.

Ungku Aziz menegaskan, adalah penting bagi setiap peniaga sama ada yang kecil atau besar mempunyai perspektif yang jelas mengenai arah tuju serta kemampuan mereka untuk menceburi bidang tersebut.

Sambil menghuraikan secara terperinci konsep asas perniagaan, beliau yang memegang kata-kata Pendeta Za'ba iaitu ``Perangai bergantung kepada diri sendiri adalah akar tunjang atau umbi bagi setiap kejayaan'' menekankan pentingnya bagi setiap peniaga menghayati dua lagi nilai asas selain `siddiq' iaitu amanah dan ketelusan.

``Jika mana-mana peniaga mengetepikan salah satu daripada tiga nilai ini nescaya rancangan mereka akan gagal,'' tegas beliau.

Sepanjang pertemuan bagi memperkatakan konsep asas perniagaan itu, Ungku Aziz menekankan pentingnya bagi setiap peniaga memiliki kebolehan menyusun kewangan kerana pada beliau `ibu bagi bidang kewangan ialah ilmu perakaunan'.

Justeru, katanya, peniaga mesti faham dengan jelas apa itu penyata kewangan serta selok-belok kaedah pengurusan kewangan. Peniaga perlu mempunyai kemahiran mengenai penyata yang meliputi akaun perdagangan, akaun untung rugi, akaun aliran wang tunai dan belanjawan.

Menurut Ungku Aziz, selain mahir menyusun kewangan, bakal peniaga juga mesti mengetahui aspek pemasaran yang mempunyai hubungan rapat dengan usaha pengeluaran dan keterampilan pengedaran.

Katanya, orang selalu lupa bahawa peniaga yang bijak menjual juga perlu bijak membeli justeru teras ilmu pemasaran sebenarnya berkait rapat dengan transaksi barangan yang ada permintaan yang jelas.

Beliau berkata, setiap bakal peniaga juga perlu bijak membuat keputusan tentang produk atau bidang perniagaan yang ingin diceburi.

``Dari awal peniaga harus berdikari dan tidak berhenti menimba pengalaman sambil mengenali selok-belok ilmu perniagaan,'' katanya.

Di peringkat ini juga, tegas Ungku Aziz, peniaga tidak harus terlalu memilih perkhidmatan atau barangan yang dirancang untuk dijual kerana rahsia penjual bijak ialah mereka sentiasa bersedia mencapai peluang untuk mengamalkan teknik canggih iaitu daya jual.

Beliau menasihatkan peniaga muda supaya menghadapi cabaran dengan minda terbuka di samping bersemangat `saya boleh' serta memilih bidang yang mudah dikembangkan sehingga peniaga sudah bertapak dan mengumpul modal sendiri.

Muka-muka baru dalam bidang perniagaan ini juga dinasihatkan supaya jangan berhutang sehingga menjadi beban yang tidak boleh ditanggung. ``Pada zaman ini untuk menarik sokongan politik, sosial dan ekonomi, bakal peniaga terdedah kepada beberapa daya tarikan yang agak kuat, terpulang kepada mereka membuat keputusan yang cermat,'' katanya.

Sementara itu, Ungku Aziz turut menyifatkan pemilihan lokasi sebagai satu keputusan yang mencabar kemampuan peniaga. Pemilihan lokasi, katanya, memerlukan kajian halus tentang alam sekitar seperti terdedah kepada bahaya banjir atau penyediaan kemudahan kenderaan. Cabaran terletak kepada kepandaian peniaga menunjukkan kreativiti dan inisiatif masing-masing.

( Di petik daripada Utusan Online 22/01/2004 )

Berniaga Bukan Sekadar Untuk Kaya

5:47 PM Edit This 0 Comments »
Ramai diantara kita tidak pernah sedar bahawa dirinya mempunyai bakat untuk berniaga. Ada juga diantara kita mempunyai bakat untuk berniaga tetapi tersilap memilih bidang yang tidak serasi dengan dirinya. Malahan ramai juga individu yang saya menjalankan analisa tarikh lahir mempunyai kekuatan pada suara, tetapi tidak menggunakan kekuatan tersebut kerana tidak pernah sedar tentang potensi yang dimiliki tersebut. Kerana itulah ketika ini saya sedang menyiapkan satu ebook percuma untuk membantu anda menganalisa diri anda sendiri .

Ya anda melakukannya sendiri. Saya hanya mampu menyediakan bantuan kaedah analisa untuk anda, kerana saya tidak mampu membantu untuk menganalisa untuk anda. Malahan ada yang saya terpaksa mengabaikan email yang diterima kerana saya tidak sempat untuk membantu anda. Maafkan saya. Lebih baik saya menyediakan joran untuk anda , kerana dengan joran yang ada akan dapat membantu anda menangkap lebih banyak ikan daripada saya memberikan ikan tetapi anda hanya mampu merasakannya hanya sekali. Tunggu kehadiran ebook percuma tersebut tidak lama lagi

Dalam perniagaan, tidak kira secara online atau offline. Idea –idea perniagaan adalah amat penting. Menjalankan perniagaan bukan sekadar satu ikutan, tetapi ianya adalah satu perkara yang dianggap penting jika kita memikirkan apakah sumbangan yang boleh kita berikan kepada orang lain dan masyarakat.

Berniaga bukan sekadar satu cara untuk kita menjadi kaya, hartawan atau jutawan. Tetapi membina perniagaan juga adalah satu tanggungjawab sosial kita sebagai manusia dan yang penting segala yang kita lakukan adalah untuk mendapat keredhaan dariNya. Bukan sekadar kaya di dunia tetapi juga diakhirat.

Carilah idea perniagaan yang terbaik. Jalankan perniagaan yang terbaik untuk diri anda dan juga masyarakat . Terbaik untuk dunia dan akhirat.

10 DALIL KENAPA ANDA PERLU BERNIAGA

7:31 PM Edit This 0 Comments »
1. Setiap Manusia Adalah Khalifah Pada Diri Sendiri.

Allah jadikan manusia untuk memegang tugas sebagai khalifah di muka bumi. Jika menghayati falsafah ini, manusia dituntut untuk mengasah kualiti diri sebagai ketua. Sekurang-kurangnya ketua pada diri sendiri. Mengusahakan perniagaan sendiri bermakna seseorang itu adalah ketua kepada perusahaannya.

2. 9/10 Sumber Rezeki Adalah Berniaga.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa 9/10 dari sumber rezeki itu terdapat dalam arena perniagaan. Nah, kalau nak banyak rezeki, carilah ia dalam berniaga.

3. Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri.

Sekiranya anda tidak tahan dimarahi majikan setiap hari, maka tidak ada sesiapa yang dapat menegah anda daripada berhenti bekerja untuk orang lain, dan mulakan bekerja untuk perusahaan anda sendiri.

4. Bebas Menentukan Masa Untuk Bekerja.

Tiada sesiapa yang dapat mengarahkan anda untuk bekerja pada masa yang tertentu. Anda bebas untuk memilih pukul berapa hendak mulakan bekerja dan pukul berapa hendak berhenti.

5. Bebas Menentukan Tempat Kerja.

Anda bebas menentukan di mana tempat yang selesa buat anda. Ada sesetengah orang mengusahakan perniagaan melalui internet dari rumah atau bilik tidurnya sahaja.

6. Tentukan Sendiri Berapa Pendapatan Yang Anda Mahu.

Maksudnya anda boleh tetapkan matlamat berapakah pendapatan yang anda inginkan sesuai kehendak dan impian anda. Jika bekerja makan gaji dengan orang lain, bolehkah anda minta gaji RM2000 pada bulan ini dan RM5000 untuk bulan hadapan? Mungkin majikan akan kata, “boleh.. boleh blah..”

7. Makin Tekun Usaha, Makin Banyak Pulangan.

Semakin anda tumpukan perhatian dan semakin gigih anda mengusahakan perusahaan anda itu, maka semakin tinggilah potensi pendapatan anda. Jika makan gaji, mungkin hanya dapat “overtime” dan “anugerah pekerja cemerlang”, tapi tidak boleh beli kereta idaman.

8. Berusaha Berdasarkan Minat Sendiri.

Sebagai contoh, jika minat anda memancing, anda boleh membuka perniagaan menjual alat-alat memancing. Melalui internet pun boleh. Tidak perlu sewa kedai. Ataupun membuka tempat memancing udang secara berbayar mengikut jam. Rasanya ramai pelanggan yang akan masuk, yang terdiri daripada kaki pancing. Daripada bekerja sebagai pembantu kedai alatan memancing, lebih baik mengusahakannya sendiri.

9. Kerja Makan Gaji Adalah Berisiko Tinggi.

Sebenarnya makan gaji lebih berisiko daripada berniaga. Namun kadang-kadang kebenaran lebih pelik dari kebohongan. Dari perspektif pendapatan, apabila bekerja dengan orang lain, pendapatan setiap bulan boleh hilang dengan hanya sehelai kertas dari majikan iaitu notis pemberhentian kerja! Tambahan pula jika bekerja makan gaji, kita hanya ada satu sumber pendapatan, berbanding jika berniaga, kita boleh mempelbagaikan sumber pendapatan.

10. Kebanyakan Orang Kaya Adalah Peniaga.

Adalah sesuatu yang pelik, ramai orang mahu jadi kaya tetapi tidak mahu menempuh jalan yang menyebabkan seseorang itu beroleh kekayaan. Percayalah kekayaan itu lebih mudah jika berniaga.

PANDUAN PERMULAAN PERNIAGAAN

6:49 PM Edit This 1 Comment »
Untuk memiliki sesuatu perniagaan di Malaysia , anda perlu tahu dahulu tentang badan mana yang bertanggungjawab dalam hal ini. Badan yang paling penting yang anda perlu ambil perhatian terlrbih dahulu dan mendaftarkan perniagaan adalah dengan Companies Commission of Malaysia juga dikenali sebagai SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia ). Ini adalah badan kerajaan di mana anda perlu mendaftarkan syarikat anda dengan badan tersebut. Objektif utamanya ialah memastikan bahawa perniagaan anda adalah sah dan berdaftar untuk memastikannya boleh beroperasi. Mereka menetapkan syarat bahawa setiap syarikat telah dibangunkan dengan baik dan sempurna dan juga perjalanan tatacara tentang kawalan dalam syarikat seperti nama dan maklumat terperinci dalam syarikat. Sebelum anda memulakan sesuatu perniagaan, anda perlu untuk terlebih dahulu menamakan syarikat anda di mana ia akan disemak dan dan diluluskan oleh SSM sebelum kelulusan diterima kepada anda.

Terdapat dua jenis perniagaan yang utama terdapat di dalam Malaysia yang terbuka untuk pendaftaran. Jenis yang pertama ialah hak milik mutlak atau hak milik sendiri di mana anda bertanggungjawab secara sendiri di dalam semua hal yang berkaitan segala operasi, keuntungan dan kerugian di dalam syarikat. Ini bermakna hak milik syarikat tersebut dinamakan dengan nama anda di mana anda bertanggungjawab dalam menanggung risiko yang terdapat dalam perniagaan anda. Perniagaan hak milik sendiri juga dibahagikan kepada dua bahagian. Yang pertama ialah dinamakan dengan Enterprise. Enterprise bermakna perniagaan yang dimiliki sendiri oleh individu di mana anda sendiri akan menanggung keseluruhan perbelanjaan dan keuntungan dalam syarikat. Ini bermakna dalam hal seperti muflis, anda perlu bertanggungjawab dalam semua liabiliti dalam syarikat tersebut. Selain dari hak milik individu melalui kaedah enterprise, terdapat juga perniagaan hak milik sendiri melalui penswastaan yang terhad di mana di dalam Malaysia dikenali sebagai Sendirian Berhad (Sdn Bhd). Di sini bermakna segala liabiliti di dalam perniagaan bergantung sepenuhnya kepada syarikat, di mana anda perlu mengisytiharkan segala perbelanjaan dan keuntungan dalam perniagaan di dalam akaun syarikat.

Jenis lain di dalam perniagaan ialah perkongsian perniagaan yang tertakluk dalam Akta Perkongsian 1961. Ini bermakna boleh terdapat lebih dari dua pemilik dalam syarikat yang memiliki perniagaan. Dengan mendaftarkan dengan lebih dari dua pemilik, anda akan boleh menapis segala risiko dalam perniagaan selain dari menanggung keseluruhan risiko secara bersendirian. Perkongsian adalah perniagaan yang sangat biasa kerana perniagaan ini dijalankan lebih dari seorang pemilik.

Bagi syarikat yang telah membangun dan sedang berkembang, anda boleh membesarkan modal perniagaan dengan menukarnya kepada syarikat awam yang disenaraikan. Di sini anda akan berkongsi perkongsian syarikat dengan orang awam untuk menambah modal untuk syarikat. Jenis perniagaan ini adalah di mana anda menyenaraikan nama syarikat anda di bawah Bursa Malaysia dan membolehkan orang awam berkongsi modal pusingan untuk syarikat. Selalunya dimulakan dengan Tawaran Saham Awam, saham dalam syarikat anda akan ditawarkan kepada orang awam dengan selalunya harga yang murah dan senaraian yang dibuat akan menyebabkan saham syarikat anda akan meningkat dengan sedikit.

JOM JOIN RORINE

7:28 PM Edit This 0 Comments »
Mulakan langkah bijak anda dengan mendaftar sebagai ahli RORINE sebanyak RM20.00 untuk seumur hidup. Pelbagai insentif menarik menanti anda seperti diskaun produk 10% hingga 30%, bonus bulanan, peluang menghadiri konvensyen RORINE, hadiah melancung dan pelbagai lagi. Rebutlah peluang semasa kegawatan ekonomi ini dengan berkunjung ke Kedai Kasut RORINE Naza Style ( Sebelah Pantai Timur Tanah Merah ) atau hubungi 09-9551442 untuk maklumat lanjut.

NAZA STYLE SHOWROOM

6:31 PM Edit This 0 Comments »

3 KAEDAH BERNIAGA

4:13 PM Edit This 0 Comments »
Ada 3 kaedah berniaga:
1. Anda ada 1 produk, ceritakan kepada 100 orang!
2. Anda ada 100 produk, ceritakan kesemuanya pada seorang!
3. Anda ada 1 produk dan ada seorang kawan. Ceritakan produk anda itu 100 kali kepadanya!
Selamat berniaga!!

3 KAEDAH BERNIAGA

4:13 PM Edit This 0 Comments »
Ada 3 kaedah berniaga:

  1. Anda ada 1 produk, ceritakan kepada 100 orang!
  2. Anda ada 100 produk, ceritakan kesemuanya pada seorang!
  3. Anda ada 1 produk dan ada seorang kawan. Ceritakan produk anda itu 100 kali kepadanya!

Selamat berniaga!!

5 TIP UNTUK BERJAYA DALAM BISNES

9:14 PM Edit This 0 Comments »

Berpandukan kepada Prinsip ‘law of attraction’ apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Jadi jika anda selalu memikirkan tentang kekayaan, maka anda akan menjadi kaya, jika anda asyik memikirkan tentang kesusahan hidup maka hidup anda akan bertambah susah. JIka anda jadikan minda anda sihat, maka tubuh anda juga akan sihat. Jadi dengan melihat kepada beberapa contoh diatas, berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.

1.Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif. Tak percaya? lihat contoh ini..
anda kata “aku mahu isteri yang cantik” tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda “aku tak hensem, mana layak..”.JIka minda anda sentiasa negatif , anda akan menarik perkara-perkara negatif negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya “aku selalu gagal dalam bisnes internet” gunakan affirmations seperti berikut “aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan”

2. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri pernataan ini “aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan” ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.

3. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda. JIka anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu.

4. Nikmati setiap minit dalam hidup anda.Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda “aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri.Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati.”

5.Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya. Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya (contohnya di forum ini ). Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik.

SUPER JIMAT & EXTRA JIMAT

8:42 PM Edit This 0 Comments »
Dapatkan katalog RORINE Vol.56 untuk menikmati diskaun menarik iaitu SUPER JIMAT & EXTRA JIMAT ( 10% hingga 20% ) sekarang. Daftarlah sebagai ahli RORINE sebanyak RM20.00 untuk seumur hidup di Kedai Kasut RORINE - Naza Style Enterprise atau hubungi 09-9551442.

KOLEKSI CADAR TERBARU

5:24 PM Edit This 0 Comments »
Dealer dan pelanggan Naza Style Enterprise boleh dapatkan koleksi cadar terbaru keluaran Oli Collection dengan harga yang berpatutan. Maklumat lanjut boleh hubungi 012-9640442

KATALOG TERBARU LAIN-LAIN JENAMA

4:46 PM Edit This 0 Comments »
Dealer dan pelanggan Naza Style Enterprise boleh dapatkan katalog terbaru jenama Cael Deon, Latina, Nataria, Westica, Paolo Dinni, Club Catalog, Oli Collection dan pelbagai lagi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 09-9555642.

PELUANG PERNIAGAAN

7:51 PM Edit This 0 Comments »
Dealer dan orang ramai boleh dapatkan barangan RORINE dan juga lain-lain jenama seperti Cael Deon, Oli Collection, Satinni, Westica, Latina, Nataria, Beethoven, Alfio Raldo, Syarikat Menang Glassware dan banyak lagi di Butik RORINE Naza Style ( Tingkat Atas ). Dapatkan diskaun menarik dengan menjadi ahli RORINE.

KATALOG TERBARU VOL.56

7:03 PM Edit This 0 Comments »
Dealer dan pelanggan Naza Style Enterprise boleh mendapatkan katalog terbaru RORINE vol.56 di Kedai Kasut RORINE - sebelah Pantai Timur Tanah Merah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...