TUJUH ASAS PERNIAGAAN

5:26 AM Edit This 0 Comments »
Leonardo da Vincci yakin bahawa ``pendekatan yang tidak pernah puas hati sepanjang hayat dan daya mencari yang tidak putus-putus demi pembelajaran adalah sifat ingin tahu''. Falsafah yang digunakan oleh pemikir terkenal pada kurun ke-16 itu menjadi pegangan Yang Dipertua Angkasa, Prof. Diraja Ungku Aziz ketika menurunkan petua serta ilmu kepada anggota koperasi yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan.

Menurut beliau, keterbatasan penglibatan orang Melayu dalam bidang perniagaan disebabkan oleh sifat kurang senang mereka terhadap penggunaan angka yang menjadi tonggak utama untuk berjaya dalam bidang berkenaan.

Fenomena itu, kata Pak Ungku amat berbeza dengan sifat unik peniaga Cina yang telah mengenali budaya angka sejak lebih dari 3,000 tahun lalu. Justeru, tegas beliau, sudah tiba masanya bagi masyarakat Melayu untuk berdamping erat dengan `angka' sebagai persediaan pertama untuk menceburi bidang perniagaan.

``Persediaan seumpama ini amat penting kerana boleh dikatakan numerasi atau ilmu mengenai angka adalah bapa kepada sains sama ada dalam bidang matematik atau akaun,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Beliau menegaskan, asas penting yang bukan sahaja perlu dihayati malah diamalkan oleh mereka yang berminat untuk berniaga menceburi bidang perniagaan ialah mengguna pakai konsep `siddiq' atau berkata yang benar.

Katanya, konsep tersebut sepatutnya sudah sebati dengan pemikiran orang Melayu seperti yang pernah dicatatkan dalam manuskrip tulisan Melayu yang ditemui di Acheh kira-kira 400 tahun lalu.

``Makna siddiq ditafsir dengan jelas sebagai kata yang benar. Hanya yang mendukacitakan ialah pada zaman yang dikatakan moden ini istilah tersebut sudah hilang daripada senarai minda kita,'' katanya.

Ungku Aziz menegaskan, adalah penting bagi setiap peniaga sama ada yang kecil atau besar mempunyai perspektif yang jelas mengenai arah tuju serta kemampuan mereka untuk menceburi bidang tersebut.

Sambil menghuraikan secara terperinci konsep asas perniagaan, beliau yang memegang kata-kata Pendeta Za'ba iaitu ``Perangai bergantung kepada diri sendiri adalah akar tunjang atau umbi bagi setiap kejayaan'' menekankan pentingnya bagi setiap peniaga menghayati dua lagi nilai asas selain `siddiq' iaitu amanah dan ketelusan.

``Jika mana-mana peniaga mengetepikan salah satu daripada tiga nilai ini nescaya rancangan mereka akan gagal,'' tegas beliau.

Sepanjang pertemuan bagi memperkatakan konsep asas perniagaan itu, Ungku Aziz menekankan pentingnya bagi setiap peniaga memiliki kebolehan menyusun kewangan kerana pada beliau `ibu bagi bidang kewangan ialah ilmu perakaunan'.

Justeru, katanya, peniaga mesti faham dengan jelas apa itu penyata kewangan serta selok-belok kaedah pengurusan kewangan. Peniaga perlu mempunyai kemahiran mengenai penyata yang meliputi akaun perdagangan, akaun untung rugi, akaun aliran wang tunai dan belanjawan.

Menurut Ungku Aziz, selain mahir menyusun kewangan, bakal peniaga juga mesti mengetahui aspek pemasaran yang mempunyai hubungan rapat dengan usaha pengeluaran dan keterampilan pengedaran.

Katanya, orang selalu lupa bahawa peniaga yang bijak menjual juga perlu bijak membeli justeru teras ilmu pemasaran sebenarnya berkait rapat dengan transaksi barangan yang ada permintaan yang jelas.

Beliau berkata, setiap bakal peniaga juga perlu bijak membuat keputusan tentang produk atau bidang perniagaan yang ingin diceburi.

``Dari awal peniaga harus berdikari dan tidak berhenti menimba pengalaman sambil mengenali selok-belok ilmu perniagaan,'' katanya.

Di peringkat ini juga, tegas Ungku Aziz, peniaga tidak harus terlalu memilih perkhidmatan atau barangan yang dirancang untuk dijual kerana rahsia penjual bijak ialah mereka sentiasa bersedia mencapai peluang untuk mengamalkan teknik canggih iaitu daya jual.

Beliau menasihatkan peniaga muda supaya menghadapi cabaran dengan minda terbuka di samping bersemangat `saya boleh' serta memilih bidang yang mudah dikembangkan sehingga peniaga sudah bertapak dan mengumpul modal sendiri.

Muka-muka baru dalam bidang perniagaan ini juga dinasihatkan supaya jangan berhutang sehingga menjadi beban yang tidak boleh ditanggung. ``Pada zaman ini untuk menarik sokongan politik, sosial dan ekonomi, bakal peniaga terdedah kepada beberapa daya tarikan yang agak kuat, terpulang kepada mereka membuat keputusan yang cermat,'' katanya.

Sementara itu, Ungku Aziz turut menyifatkan pemilihan lokasi sebagai satu keputusan yang mencabar kemampuan peniaga. Pemilihan lokasi, katanya, memerlukan kajian halus tentang alam sekitar seperti terdedah kepada bahaya banjir atau penyediaan kemudahan kenderaan. Cabaran terletak kepada kepandaian peniaga menunjukkan kreativiti dan inisiatif masing-masing.

( Di petik daripada Utusan Online 22/01/2004 )

Berniaga Bukan Sekadar Untuk Kaya

5:47 PM Edit This 0 Comments »
Ramai diantara kita tidak pernah sedar bahawa dirinya mempunyai bakat untuk berniaga. Ada juga diantara kita mempunyai bakat untuk berniaga tetapi tersilap memilih bidang yang tidak serasi dengan dirinya. Malahan ramai juga individu yang saya menjalankan analisa tarikh lahir mempunyai kekuatan pada suara, tetapi tidak menggunakan kekuatan tersebut kerana tidak pernah sedar tentang potensi yang dimiliki tersebut. Kerana itulah ketika ini saya sedang menyiapkan satu ebook percuma untuk membantu anda menganalisa diri anda sendiri .

Ya anda melakukannya sendiri. Saya hanya mampu menyediakan bantuan kaedah analisa untuk anda, kerana saya tidak mampu membantu untuk menganalisa untuk anda. Malahan ada yang saya terpaksa mengabaikan email yang diterima kerana saya tidak sempat untuk membantu anda. Maafkan saya. Lebih baik saya menyediakan joran untuk anda , kerana dengan joran yang ada akan dapat membantu anda menangkap lebih banyak ikan daripada saya memberikan ikan tetapi anda hanya mampu merasakannya hanya sekali. Tunggu kehadiran ebook percuma tersebut tidak lama lagi

Dalam perniagaan, tidak kira secara online atau offline. Idea –idea perniagaan adalah amat penting. Menjalankan perniagaan bukan sekadar satu ikutan, tetapi ianya adalah satu perkara yang dianggap penting jika kita memikirkan apakah sumbangan yang boleh kita berikan kepada orang lain dan masyarakat.

Berniaga bukan sekadar satu cara untuk kita menjadi kaya, hartawan atau jutawan. Tetapi membina perniagaan juga adalah satu tanggungjawab sosial kita sebagai manusia dan yang penting segala yang kita lakukan adalah untuk mendapat keredhaan dariNya. Bukan sekadar kaya di dunia tetapi juga diakhirat.

Carilah idea perniagaan yang terbaik. Jalankan perniagaan yang terbaik untuk diri anda dan juga masyarakat . Terbaik untuk dunia dan akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...