10 DALIL KENAPA ANDA PERLU BERNIAGA

7:31 PM Edit This 0 Comments »
1. Setiap Manusia Adalah Khalifah Pada Diri Sendiri.

Allah jadikan manusia untuk memegang tugas sebagai khalifah di muka bumi. Jika menghayati falsafah ini, manusia dituntut untuk mengasah kualiti diri sebagai ketua. Sekurang-kurangnya ketua pada diri sendiri. Mengusahakan perniagaan sendiri bermakna seseorang itu adalah ketua kepada perusahaannya.

2. 9/10 Sumber Rezeki Adalah Berniaga.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa 9/10 dari sumber rezeki itu terdapat dalam arena perniagaan. Nah, kalau nak banyak rezeki, carilah ia dalam berniaga.

3. Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri.

Sekiranya anda tidak tahan dimarahi majikan setiap hari, maka tidak ada sesiapa yang dapat menegah anda daripada berhenti bekerja untuk orang lain, dan mulakan bekerja untuk perusahaan anda sendiri.

4. Bebas Menentukan Masa Untuk Bekerja.

Tiada sesiapa yang dapat mengarahkan anda untuk bekerja pada masa yang tertentu. Anda bebas untuk memilih pukul berapa hendak mulakan bekerja dan pukul berapa hendak berhenti.

5. Bebas Menentukan Tempat Kerja.

Anda bebas menentukan di mana tempat yang selesa buat anda. Ada sesetengah orang mengusahakan perniagaan melalui internet dari rumah atau bilik tidurnya sahaja.

6. Tentukan Sendiri Berapa Pendapatan Yang Anda Mahu.

Maksudnya anda boleh tetapkan matlamat berapakah pendapatan yang anda inginkan sesuai kehendak dan impian anda. Jika bekerja makan gaji dengan orang lain, bolehkah anda minta gaji RM2000 pada bulan ini dan RM5000 untuk bulan hadapan? Mungkin majikan akan kata, “boleh.. boleh blah..”

7. Makin Tekun Usaha, Makin Banyak Pulangan.

Semakin anda tumpukan perhatian dan semakin gigih anda mengusahakan perusahaan anda itu, maka semakin tinggilah potensi pendapatan anda. Jika makan gaji, mungkin hanya dapat “overtime” dan “anugerah pekerja cemerlang”, tapi tidak boleh beli kereta idaman.

8. Berusaha Berdasarkan Minat Sendiri.

Sebagai contoh, jika minat anda memancing, anda boleh membuka perniagaan menjual alat-alat memancing. Melalui internet pun boleh. Tidak perlu sewa kedai. Ataupun membuka tempat memancing udang secara berbayar mengikut jam. Rasanya ramai pelanggan yang akan masuk, yang terdiri daripada kaki pancing. Daripada bekerja sebagai pembantu kedai alatan memancing, lebih baik mengusahakannya sendiri.

9. Kerja Makan Gaji Adalah Berisiko Tinggi.

Sebenarnya makan gaji lebih berisiko daripada berniaga. Namun kadang-kadang kebenaran lebih pelik dari kebohongan. Dari perspektif pendapatan, apabila bekerja dengan orang lain, pendapatan setiap bulan boleh hilang dengan hanya sehelai kertas dari majikan iaitu notis pemberhentian kerja! Tambahan pula jika bekerja makan gaji, kita hanya ada satu sumber pendapatan, berbanding jika berniaga, kita boleh mempelbagaikan sumber pendapatan.

10. Kebanyakan Orang Kaya Adalah Peniaga.

Adalah sesuatu yang pelik, ramai orang mahu jadi kaya tetapi tidak mahu menempuh jalan yang menyebabkan seseorang itu beroleh kekayaan. Percayalah kekayaan itu lebih mudah jika berniaga.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...